Customer Service | mail Send Email

Digicert pastikan pengguna e-Filing dilindungi

Digicert pastikan pengguna e-Filing dilindungi

PRESS RELEASE: SINAR HARIAN, APRIL 24, 2015

PEMBAYAR CUKAI AKAN TERUS MENIKMATI PERKHIDMATAN E-FILING YANG DIJAMIN SELAMAT, LANCAR DAN CEKAP HASIL DARIPADA PENGGUNAAN PRASARANA KEKUNCI AWAM (PKA).

PKA merupakan hasil usaha Digicert iaitu Pihak Berkuasa Pemerakuan berlesen, yang juga anak syarikat milik penuh Pos Malaysia Berhad dan telah menyediakan prasarana itu sejak 2006.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Azlan Shahrim berkata, PKA menyokong pengagihan dan pengenalpastian kekunci enkripsi awam.

"Ia membolehkan pengguna dan komputer memastikan penukaran data melalui rangkaian seperti internet adalah selamat dan pengesahan identiti pihak yang satu lagi dapat dilakukan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sebagai sebuah organisasi dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Digicert turut berperanan dalam menguruskan kitaran hayat PKA dan sijil digital untuk pelanggan.

Azlan berkata, syarikat itu turut membantu SKMM memastikan Akta Tandatangan Digital 1997 dan Peraturan-Peraturan Tandatangan Digital 1998 di negara ini dipatuhi.

"Sehingga kini, jumlah terkumpul sijil digital yang telah dihasilkan untuk e-Filing mencapai enam juta unit dan merupakan penggunaan sijil digital tertinggi di negara ini," katanya.

Sementara itu, Pengerusi SKMM, Datuk Seri Dr. Halim Shafie berkata semua Pihak Berkuasa Pemerakuan berlesen diwajibkan mematuhi piawaian antarabangsa audit Webtrust dalam tempoh tiga tahun lepas sebagai satu usaha memodenkan Prasarana Kekunci Awam Negara.

"Usaha itu juga adalah untuk mewujudkan persekitaran ekosistem digital yang boleh dipercayai bagi kerajaan, perniagaan dan masyarakat," katanya. - Bernama

Resources: http://www.sinarharian.com.my/nasional/digicert-pastikan-penggenuna-e-filing-dilindungi-1.383230

RELATED DOWNLOADS


Tags: e-filing pengguna e-filing pembayar cukai

( RATING: 1.4444444444444  /  VOTES: 9 )