KICK OFF SESSION SPKB PROJECT, SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
English Version
Pos Digicert is pleased to announce the launch of the Kick-Off Session for the Integrated Cooperative Management System, which took place on 15 January 2025, at Aloft Hotel, Kuala Lumpur SentralWe are truly honoured to be part of this significant project aimed at introducing and developing a more efficient management system for cooperatives in Malaysia. The session was officiated by YBhg. Lieutenant General Datuk Ahmad Norihan bin Jalal, Chairman of the Malaysian Cooperative Commission, and attended by its senior management, along with members of the Integrated Cooperative Management System Committee. Pos Digicert was represented by its Chief Operating Officer, Tuan Haji Amir Suhaimi Hassan.
Pos Digicert, in close collaboration with the Malaysian Cooperative Commission and other stakeholders, had the opportunity to lead efforts in contributing expertise in digital security and data management – fundamental pillars in building a robust and high-quality Integrated Cooperative Management System. We are optimistic that this collaboration will continue to strengthen efforts to develop a more effective system that benefits all cooperatives in Malaysia. Pos Digicert extends its deepest appreciation to all parties involved in the success of this Kick-Off Session and remains committed to contributing to the success of the Integrated Cooperative Management System project.
Bahasa Version
Pos Digicert dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran sesi Kick Off Sistem Pengurusan Koperasi Bersepadu (SPKB) yang telah berlangsung pada 15 Januari 2025 di Aloft Hotel, Kuala Lumpur Sentral. Kami amat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada projek penting ini, yang bertujuan untuk memperkenalkan dan membangunkan sistem pengurusan yang lebih efisien bagi koperasi-koperasi di Malaysia. Sesi ini dirasmikan oleh YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM), dengan kehadiran barisan pengurusan tertinggi SKM, dan ahli Jawatankuasa SPKB. Pos Digicert telah diwakili oleh Ketua Pegawai Operasinya, Tuan Haji Amir Suhaimi Hassan.
Pos Digicert dengan kerjasama erat bersama SKM dan pihak-pihak yang terlibat, berpeluang untuk memimpin usaha dalam menyumbang kepakaran dalam keselamatan digital dan pengurusan data – teras utama dalam pembangunan sistem SPKB yang kukuh dan berkualiti. Kami berharap kolaborasi yang terjalin akan terus memperkukuhkan usaha untuk membangunkan sistem yang lebih efektif dan memberi manfaat kepada semua koperasi di Malaysia. Pos DigiCert mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi Kick Off ini, dan tetap komited untuk terus menyumbang kepada kejayaan projek SPKB.
Tags: